Tawaran Masa Terhad HBO Max
Pelanggan baharu dan berulang boleh mendaftar mana-mana pelan Standard atau Premium bulanan atau tahunan dan dapatkan diskaun 50% untuk 12 bulan pertama. Tawaran ini hanya tersedia di HBOMax.com.
Selepas tempoh diskaun 12 bulan, anda akan membayar kadar langganan bulanan atau tahunan pada masa itu yang terpakai kepada pelan anda.
Soalan lazim
Tawaran Masa Terhad tersedia kepada pelanggan baharu dan berulang dengan langganan yang tamat tempoh atau terbatal (tawaran ini tidak tersedia jika langganan masih aktif).
Tawaran hanya tersedia di HBOMax.com.
Inilah cara mendapatkan Tawaran Masa Terhad:
Pergi ke HBOMax.com/product.
Pilih pelan Bulanan atau Tahunan yang layak, kemudian teruskan.
Pada skrin Mulakan, masukkan alamat e-mel untuk akaun HBO Max saya (jika anda sudah mempunyai akaun HBO Max, masukkan e-mel akaun anda).
Lakukan salah satu yang berikut:
Pelanggan baharu: Lengkapkan borang akaun dan pilih Cipta Akaun. Anda akan mendaftar masuk dengan maklumat ini.
Sahkan nombor mudah alih: Jika anda mencipta akaun dengan nombor mudah alih anda, masukkan kod 6 digit yang dihantar kepada nombor mudah alih anda.
Pelanggan berulang: Masukkan kata laluan HBO Max anda dan Pilih Daftar masuk. Terlupa kata laluan?Cuba menetap semula kata laluan anda.
Jika anda mencipta akaun anda dengan nombor mudah alih anda, masukkan kod 6 digit yang dihantar kepada nombor mudah alih anda.
Tambah kaedah pembayaran anda dan pilih Mulakan Langganan.
Pilih Mulakan Penstriman dan anda bersedia untuk menonton HBO Max.
Bulanan: Anda akan dikenakan kadar diskaun untuk 12 bulan pertama langganan anda. Semasa tempoh diskaun, langganan anda akan diperbaharui setiap bulan pada harga diskaun. Selepas tempoh diskaun 12 bulan, anda akan dikenakan kadar langganan bulanan pada masa itu yang terpakai pada pelan anda secara berulang melainkan anda membatalkan sebelum tempoh pengebilan anda yang seterusnya.
Tahunan: Anda akan dikenakan kadar diskaun unuk tahun pertama langganan anda. Selepas tempoh diskaun 12 bulan, anda akan dikenakan kadar langganan tahunan pada masa itu yang terpakai kepada pelan anda secara berulang melainkan anda membatalkan sebelum tempoh pengebilan anda yang seterusnya.
Sekarang anda boleh mendaftar masuk dan menstrim HBO Max pada peranti kegemaran anda.
Jika anda mendapat mesej ini, mungkin sudah ada akaun HBO Max dengan alamat e-mel yang anda masukkan.
Dalam kes ini, lakukan salah satu yang berikut:
Daftar masuk. Daftar masuk menggunakan alamat e-mel yang anda masukkan pada skrin 'Cipta Akaun Anda'. Jika anda menghadapi masalah untuk mendaftar masuk, cuba menetapkan semula kata laluan anda.
Masukkan alamat e-mel lain. Masukkan alamat e-mel lain untuk akaun HBO Max anda.
Jika anda masih mempunyai masalah langganan, hubungi kami.
Tawaran ini tersedia dari 6 November hingga 16 November 2026.
Bulanan: Apabila anda mendaftar, anda akan dikenakan kadar diskaun untuk 12 bulan pertama langganan anda. Semasa tempoh diskaun, langganan anda akan diperbaharui setiap bulan pada harga diskaun. Selepas tempoh diskaun 12 bulan, anda akan dikenakan kadar langganan bulanan pada masa itu yang terpakai pada pelan anda secara berulang melainkan anda membatalkan sebelum tempoh pengebilan anda yang seterusnya.
Tahunan: Apabila anda mendaftar, anda akan dikenakan kadar diskaun untuk tahun pertama langganan anda. Selepas tempoh diskaun 12 bulan, anda akan dikenakan kadar langganan tahunan pada masa itu secara berulang melainkan anda membatalkan sebelum tempoh pengebilan anda yang seterusnya.
Jika anda membatalkan langganan anda, anda boleh meneruskan penstriman sehingga langganan anda tamat tempoh di penghujung kitaran pengebilan anda. Untuk langganan tahunan, ini mungkin menjadi beberapa bulan kemudian.
Tawaran sah dari 6 November 2026 hingga 16 November 2026 untuk pelanggan baharu atau yang kembali di Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan atau Thailand sahaja.Pelanggan yang layak boleh menikmati penjimatan 50% daripada harga runcit standard bagi 12 bulan pertama apabila melanggan pelan bulanan atau tahunan HBO Max Standard atau pelan bulanan atau tahunan HBO Max Premium (setiap satudirujuk sebagai “Tawaran” dan secara kolektif dirujuk sebagai “Tawaran-Tawaran”). Yuran langganan bulanan atau tahunan berdiskaun yang berkenaan akan dibilkan sepenuhnya semasa anda mendaftar untuk Tawaran tersebut.Sepanjang tempoh diskaun, langganan bulanan akan diperbaharui secara automatik setiap bulan pada harga bulanan berdiskaun. Jika anda melanggan pelan bulanan HBO Max Standard atau pelan bulanan HBO Max Premium, selepas tempoh diskaun 12 bulan, langganan anda akan diperbaharui secara automatik pada harga langganan bulanan yang berkuat kuasa pada ketika itu (termasuk cukai yang dikenakan) bagi pelan bulanan HBO Max Standard atau pelan bulanan HBO Max Premium, secara berulang, melainkan anda membatalkan sebelum tempoh pengebilan anda seterusnya.Jika anda melanggan pelan tahunan HBO Max Standard atau pelan tahunan HBO Max Premium, selepas tempoh diskaun 12 bulan, langganan anda akan diperbaharui secara automatik pada harga langganan tahunan yang berkuat kuasa pada ketika itu (termasuk cukai yang dikenakan) bagi pelan tahunan HBO Max Standard atau pelan tahunan HBO Max Premium, secara berulang, melainkan anda membatalkan sebelum tempoh pengebilan anda seterusnya.Untuk membatalkan langganan anda, pergi ke Profil>Langganan dalam akaun HBO Max anda atau hbomax.com/subscription. Yuran langganan tidak akan dikembalikan. Jika anda menukar pelan semasa tempoh diskaun, anda akan kehilangan manfaat Tawaran tersebut. Tiada bayaran balik atau kredit bagi tempoh langganan separa. Tawaran hanya boleh ditebus sekali bagi setiap akaun, tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan tidak boleh digabungkan dengan sebarang diskaun atau tawaran promosi lain.